Terma dan Syarat-Syarat Peraduan Fresh & White – #StikerGengPolar

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Pengenalan

  1. Peserta mesti membaca Syarat-syarat Penyertaan ini bersamaan dengan Jadual kepada Syarat-Syarat Penyertaan (secara kolektif akan dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”).
  2. Dengan menyertai Peraduan ini, kesemua Peserta/Pemenang bersetuju dan mengakui untuk terikat dengan terma dan syarat berikut dan semua pindaan, penambahan dan pengubahsuaian seperti yang boleh dibuat dari semasa ke semasa oleh Penganjur, mengikut budi bicara mutlaknya. Peserta bersetuju bahawa penyertaan berterusan mereka dalam Peraduan ini merupakan penerimaan tanpa syarat mereka terhadap Terma dan Syarat yang dipinda.
  3. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah akhir, muktamad dan mengikat semua Peserta Peraduan ini, dan tiada surat- menyurat, komunikasi atau rayuan akan dilayan.

JADUAL KEPADA SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Peraduan:Peraduan Fresh & White – #StikerGengPolar
2. Tempoh Peraduan:Peraduan ini berlangsung dari 12hb April 2024, jam 00:00 sehingga 9hb Mei 2024, jam 23:59 (“Tempoh Peraduan”).
3. Penganjur:Southern Lion Sdn. Bhd.
4. Kelayakan:Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap, yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, berumur 18 tahun ke atas (setakat 6hb Februari 2024) (“Peserta”), kecuali kakitangan Penganjur, termasuk ahli keluarga terdekat mereka, rakan niaga, syarikat bersekutu, pembekal / pengedar, agensi peraduan / pengiklanan atau agensi perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.
5. Kaedah Penyertaan:Untuk menyertai, Peserta perlu mematuhi langkah-langkah penyertaan berikut:

Langkah 1 – MUATNAIK & KONGSI
Muatnaik dan kongsi gambar selfie OOTD atau aktiviti raya Aidilfitri dalam Instagram Story (“IGS”) anda dan gunakan stiker Fresh & White (cari 'Fresh & White' di stiker Giphy) pada gambar tersebut. Akaun Instagram perlu dibuka dan ditetapkan sebagai tatapan awam.

Langkah 2 – ”TAG” & “HASHTAG”
Peserta perlu tag @freshandwhitemy dan meletakkan tanda hashtag #StikerGengPolar di setiap gambar yang disiarkan di dalam IGS Peserta.
6. Tarikh tamat Penyertaan:Peraduan akan tamat pada 9hb Mei 2024, jam 23:59. Penyertaan selepas Tempoh Peraduan tidak akan diterima oleh Penganjur dan terbatal.
7. Hadiah Peraduan:Pemenang akan memenangi:

  1. Hadiah Peraduan :-
    • Dua (2) Ubat Gigi Fresh & White Volcanic Whitening 140g – 10 Peserta Terpilih/Pemenang
  2. Hadiah tidak boleh dipindahmilik atau digantikan dengan wang tunai, secara sebahagian atau keseluruhannya. Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
8. Kriteria dan Proses Pemilihan Pemenang:
  1. Sebanyak sepuluh (10) Peserta Terpilih/Pemenang akan dipilih oleh Penganjur secara rawak berdasarkan kepada kreativiti yang disiarkan.
  2. Peserta Terpilih/Pemenang akan dihubungi melalui mesej langsung Instagram yang digunakan semasa penyertaan atas dasar usaha terbaik dengan maksimum tiga (3) percubaan dalam masa tiga (3) hari berturut-turut. Sekiranya Peserta Terpilih/Pemenang yang disenarai tidak dapat dihubungi, Penganjur berhak untuk menggantikan Peserta Terpilih/Pemenang tersebut dengan nama seterusnya dalam senarai berdasar kepada Terma dan Syarat Peraduan
  3. Senarai Peserta Terpilih/Pemenang akan diumumkan oleh Penganjur di halaman media sosial Instagram Fresh & White Malaysia dengan menyiar semula penyertaan mereka di IGS rasmi Fresh & White Malaysia.
  4. Peserta Terpilih/Pemenang dikehendaki mengemukakan maklumat berikut untuk tujuan pengesahan dan penghantaran hadiah melalui mesej langsung Instagram dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh pemberitahuan:
    • Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
    • Nombor telefon
    • Alamat pos
  5. Pengubahan kepada butiran penghantaran tidak dibenarkan setelah dikemukakan.
  6. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan dalam Tempoh Peraduan walau bagaimanapun Peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja sekiranya terpilih. Gambar di setiap penyertaan yang disiarkan mestilah berlainan dan tidak boleh mempunyai gambar yang sama.
  7. Keputusan Penganjur adalah muktamad, mengikat Peserta Terpilih/Pemenang dan segala surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
9. Penghantaran Hadiah:
  1. Hadiah akan dihantar kepada Peserta Terpilih/Pemenang dalam masa sembilan puluh (90) hari selepas pemilihan Peserta Terpilih/Pemenang dan pengesahan maklumat peribadi.
  2. Hadiah akan dihantar kepada Peserta Terpilih/Pemenang melalui kurier.
  3. Hadiah yang tidak dapat dihantar atau dituntut oleh Peserta Terpilih/Pemenang akan dibatalkan dan segala rayuan tidak akan dilayani. Penganjur boleh melanjutkan tempoh masa dan cara penghantaran Hadiah mengikut budi bicara mereka.
  4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku kepada Hadiah dalam proses penghantaran.
  5. Penganjur berhak membatalkan sebarang tuntutan daripada agen,
    pihak ketiga, kumpulan atau penyertaan yang dijana secara automatik oleh komputer.
10. Pembatalan Kelayakan:
  1. Kelayakan Peserta berserta penyertaannya akan dibatalkan jika:
    1. pihak Penganjur mendapati gambar yang sama digunakan semula dalam penyertaan Peraduan;
    2. penyertaan tidak lengkap atau didapati mengandungi maklumat yang salah;
    3. jika terdapat syak wasangka atau penipuan, tanpa had, yang melibatkan manipulasi kod atau tindakan lain yang seringkalmemalsukan data.
    4. Gambar penyertaan mengandungi unsur-unsur fitnah, provokasi, lucah, politik, berdiskriminasi (berdasarkan bangsa, agama, keturunan, keupayaan fizikal) menyalahi undang-undang, menyinggung perasaan, bersifat ancaman, menhina atau berbentuk gangguan.
  2. Penyertaan yang tidak mematuhi Terma dan Syarat yang dikuatkuasakan akan dibatalkan secara automatik.
  3. Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran nilainya daripada Peserta yang dibatalkan kelayakannya selepas Hadiah telah diberikan.
11. Hak Milik Harta Intelek:
  1. Semua penyertaan mestilah asli dan tidak melanggar mana-mana hak harta intelek yang dimiliki oleh mana-mana pihak. Peserta tidak boleh mengedarkan, menghasilkan semula atau sebaliknya memberikan, apa-apa bahan yang mengandungi hak harta intelek mana-mana pihak lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, atau maklumat proprietari lain yang dipegang oleh pihak lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pemilik hak harta intelek atau maklumat proprietari.
  2. Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan, mengubah suai dan/atau mengedit penyertaan yang dihantar, atau berfungsi mengikut budi bicara mutlaknya dan Peserta mengetepikan semua hak untuk sebarang pampasan untuk penyertaan yang dihantar.
  3. Jika anda percaya kerja anda telah diusik dan dipaparkan melanggar hak harta intelek, sila hubungi Penganjur.
12. Pengiklanan:Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan dianggap telah bersetuju dan memberi Penganjur hak untuk mengumpul dan memproses data dan maklumat peribadi Peserta untuk tujuan Peraduan ini, untuk menerbitkan dan/atau memaparkan butir-butir, data peribadi dan/atau gambar Peserta yang berjaya dalam media cetak dan media elektronik dalam apa-apa bentuk (seperti yang berkenaan) untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan pengumuman tanpa sebarang royalti dan/atau pampasan yang perlu dibayar.
13. Liabiliti & Tanggungjawab Penganjur:
  1. Sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk menyertai Peraduan ini, untuk menuntut penebusan/hadiah dan/atau menghadiri majlis, adalah tanggungjawab mutlak Peserta Terpilih/Pemenang yang berjaya, tanpa sebarang pembayaran balik oleh Penganjur.
  2. Peserta bersetuju untuk menanggung liabiliti dan tanggungjawab penuh untuk sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan atau kemalangan yang dialami, ditanggung atau disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Peraduan ini. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta untuk sebarang kerosakan, kos, pembelanjaan, tuntutan, kerugian, kemalangan atau kesulitan untuk sebarang perkara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini. Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi dan memastikan Penganjur tidak mengalami sebarang kerugian daripada sebarang tuntutan, kerosakan, kerugian, kos atau perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh Penganjur berhubung dengan Peraduan ini akibat daripada sebarang tindakan Peserta.
  3. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang hilang, rosak, tertangguh, tidak betul atau tidak lengkap atas apa jua sebab. Bukti penghantaran tidak akan diterima sebagai bukti penerimaan.
  4. Peserta menyertai Peraduan ini atas risiko Peserta sendiri.
  5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan mana- mana elemen teknikal yang berkaitan dengan Peraduan ini yang menyebabkan penyertaan gagal dihantar. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk penyertaan yang hilang, rosak, atau ditangguhkan kerana sebarang perkakasan rangkaian, komputer atau telefon bimbit atau kegagalan perisian dalam apa jua bentuk atau sebarang kaedaan yang tidak dijangkakan atau di luar kawalan pihak Penganjur.
Notis
Pemberitahuan Peribadi:
Penganjur berhak memindahkan butiran data peribadi Peserta (termasuk, tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan butiran akaun bank) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Peraduan ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran data peribadi daripada Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui emel ke sini atau melalui pos ke Southern Lion Sdn. Bhd. Unit 1-J & 1-K, Bangunan BAKTI Siti Hasmah, No.6, Cangkat Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia sebelum 10hb Mei 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan data peribadi oleh Penganjur, sila baca polisi peribadi Penganjur di sini.
15. Syarat-syarat Penyertaan Am:
  1. Peraduan ini bukan disokong, ditadbir oleh atau berkaitan dengan Meta Platforms, Inc. (“Meta”). Peserta hendaklah membebaskan Meta daripada sebarang liabiliti berkaitan dengan Peraduan ini. Dengan menghantar penyertaan ini, Peserta akan tertakluk kepada terma dan syarat Meta dan polisi peribadi yang boleh dikuatkuasakan dan terpakai pada masa material ini. Sila bacakan syarat-syarat tersebut sebelum menyerahkanan penyertaan dalam Peraduan.
  2. Sekiranya Peraduan ini melibatkan peniaga/pedagang yang lain, peniaga/pedagang yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini berhak untuk menyemak semula terma dan syarat Peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu. Penyertaan Peserta dalam Peraduan yang berkaitan akan tertakluk kepada terma dan syarat peniaga/pedagang yang mengambil bahagian. Peserta tidak berhak untuk menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan di sini.
  3. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat- syarat ini dengan sebarang bentuk pengikalan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini, terma dan syarat-syarat ini akan diguna pakai.
  4. Terma dan Syarat Peraduan ini hanya didapati dalam Bahasa Malaysia.
  5. Terma dan syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Penganjur dan Peserta bersetuju menggunakan bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
  6. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline kami di 1800 880 133 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang, (tidak termasuk cuti umum)) atau lawati sini.