THE PROMOTION HAS ENDED
THANK YOU FOR YOUR PARTICIPATION
Lengkapkan borang penyertaan di bawah dan klik butang ‘Hantar Borang Penyertaan’ untuk menebus.
Borang Penyertaan
Terma Dan Syarat-Syarat Promosi Beli & Tebus Fresh & White
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Pengenalan
-
Peserta mesti membaca Syarat-syarat Penyertaan ini bersamaan dengan Jadual kepada Syarat-syarat Penyertaan (secara kolektif akan dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”).
-
Dengan menyertai Promosi ini, kesemua Peserta/Pemenang bersetuju dan mengakui untuk terikat dengan terma dan syarat berikut dan semua pindaan, penambahan dan pengubahsuaian seperti yang boleh dibuat dari semasa ke semasa oleh Penganjur, mengikut budi bicara mutlaknya. Peserta bersetuju bahawa penyertaan berterusan mereka dalam Promosi ini merupakan penerimaan tanpa syarat mereka terhadap Terma dan Syarat yang dipinda.
-
Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Promosi ini adalah akhir, muktamad dan mengikat semua Peserta Promosi ini, dan tiada surat-menyurat, komunikasi atau rayuan akan dilayan.
JADUAL KEPADA SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Promosi: | Promosi Beli & Tebus Fresh & White |
2. Tempoh Promosi: | Promosi ini berlangsung dari 29hb Julai 2024, jam 00:00 sehingga 30hb September 2024, jam 23:59 (Semenanjung Malaysia) dan 6hb Oktober 2024, jam 23:59 (Sabah dan Sarawak) (“Tempoh Promosi”). |
3. Penganjur: | Southern Lion Sdn. Bhd. |
4. Kelayakan: | Promosi ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap, yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, berumur 18 tahun ke atas (setakat 29hb Julai 2024) (“Peserta”), kecuali kakitangan Penganjur, termasuk ahli keluarga terdekat mereka, rakan niaga, syarikat bersekutu, pembekal/pengedar, agensi promosi/pengiklanan atau agensi perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Promosi ini. |
5. Kaedah Penyertaan: | Untuk menyertai, Peserta perlu mematuhi langkah-langkah penyertaan berikut:
Langkah 1: BELI- Beli mana-mana produk Fresh & White bernilai sekurang-kurangnya RM20 dalam satu resit (“Bukti Pembelian”) semasa Tempoh Promosi. Satu (1) resit melayakkan Peserta kepada satu (1) penyertaan.
- Setiap Pembelian bernilai RM20 layak untuk menebus satu (1) Hadiah, terhad kepada lima ribu (5,000) penebusan pertama sahaja dalam Tempoh Promosi.
Langkah 2: IMBAS Kod QR dan hantar melalui WhatsApp kepada +6011-6353 3884
- Masukkan maklumat seperti berikut:
- Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
- Nombor Kad Pengenalan
- Alamat e-mel
Sebagai contoh: Nik Rose, 890917075110, xxxx@yahoo.com
- Hantar gambar muka depan resit sebagai Bukti Pembelian. Simpan Resit asal untuk pengesahan Penganjur jika dipilih.
|
6. Tarikh tamat Penyertaan: | Promosi akan tamat pada 30hb September 2024 jam 23:59 (Semenanjung Malaysia) dan 6hb Oktober 2024, jam 23:59 (Sabah dan Sarawak). Penyertaan selepas Tempoh Promosi tidak akan diterima oleh Penganjur dan terbatal. |
7. Hadiah Promosi: | - Peserta Terpilih akan dianugerahkan:
- PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM5
- Setiap Peserta (dikenalpasti melalui nombor Kad Pengenalan) hanya layak menerima satu (1) hadiah dalam setiap Promosi.
|
8. Kriteria dan Proses Pemilihan Peserta: | - Lima Ribu (5,000) Peserta yang layak akan dipilih oleh Penganjur mengikut turutan “tiba dahulu layan dahulu” (“Peserta Terpilih”). Peserta yang layak akan dipilih daripada semua penyertaan yang layak yang diterima dalam Tempoh Promosi.
- Peserta Terpilih akan dihubungi melalui WhatsApp berdasarkan maklumat hubungan yang diberikan semasa penyerahan penyertaan atas dasar usaha terbaik dengan maksimum tiga (3) percubaan dalam masa tiga (3) hari berturut-turut. Sekiranya Peserta Terpilih yang disenarai tidak dapat dihubungi, Penganjur berhak untuk menggantikan Peserta Terpilih tersebut dengan nama seterusnya dalam senarai berdasar kepada Terma dan Syarat Promosi.
- Peserta Terpilih mungkin dikehendaki mengemukakan maklumat berikut untuk tujuan pengesahan melalui WhatsApp dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh pemberitahuan:
- Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
- Nombor telefon
- Salinan kad pengenalan yang jelas dan boleh dibaca
- Bukti Pembelian
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disokong dengan Bukti Pembelian yang sah dalam Tempoh Promosi. Setiap perserta berpeluang menebusi satu (1) hadiah dalam setiap Promosi.
- Bukti Pembelian bertarikh sebelum atau selepas Tempoh Promosi tidak akan diterima.
- Hanya penyertaan dengan resit asal produk yang sah akan diterima. Tiada resit tulisan tangan, salinan resit dan/atau salinan pendua resit diterima. Sekiranya dikenalpasti, penyertaan tersebut akan dilucuthakkan secara automatik.
- Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Promosi ini adalah hak milik Penganjur.
- Bukti WhatsApp atau pos bukan bukti penerimaan.
- Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak yang difikirkan sesuai dan perlu untuk meminda Tempoh Promosi, mekanik Promosi, untuk menamatkan, membatalkan atau menggantung Promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Segala keputusan oleh Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Promosi adalah muktamad, konklusif dan mengikat semua Peserta dan tiada surat-menyurat, komunikasi atau rayuan akan dilayan.
|
9. Penghantaran Hadiah: | - Hadiah akan dihantar/disediakan kepada Peserta Terpilih dalam masa tiga (3) hari selepas pemilihan Peserta Terpilih dan pengesahan maklumat peribadi.
- Hadiah akan dihantar kepada Peserta Terpilih melalui WhatsApp.
- Untuk edompet PIN tambah nilai, semua PIN tambah nilai Touch ‘n Go akan dihantar kepada Peserta Terpilih melalui aplikasi WhatsApp. Penggunaan PIN tambah nilai edompet adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Touch ‘n Go Malaysia yang boleh dikemaskini dari semasa ke semasa oleh Touch ‘n Go Malaysia.
- Hadiah yang tidak dituntut oleh Peserta Terpilih dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemberitahuan akan dibatalkan. Segala rayuan tidak akan dilayani. Penganjur boleh melanjutkan tempoh masa dan cara penghantaran Hadiah mengikut budi bicara mereka.
- Peserta Terpilih mesti menerima Hadiah dalam keadaan “sedia ada” dan Hadiah tidak boleh dipindahmilik atau digantikan dengan wang tunai, secara sebahagian atau keseluruhannya. Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku kepada Hadiah dalam proses penghantaran.
- Penganjur berhak membatalkan sebarang tuntutan daripada agen, pihak ketiga, kumpulan atau penyertaan yang dijana secara automatik oleh komputer.
|
10. Pembatalan Kelayakan: | - Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta berserta penyertaannya jika pihak Penganjur mendapati bahawa:
- resit yang dihantar oleh Peserta adalah sama dengan penyertaan yang lain;
- penyertaan tidak lengkap atau didapati mengandungi maklumat yang salah, rosak, sukar dibaca, lewat dan tidak mempunyai Bukti Pembelian yang betul atau tidak mencukupi. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan;
- jika penipuan atau penipuan disyaki, termasuk tanpa had, melalui manipulasi kod atau sebaliknya sering memalsukan data.
- Penyertaan yang tidak mematuhi Terma dan Syarat yang dikuatkuasakan akan dibatalkan secara automatik.
- Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran nilainya daripada Peserta yang dibatalkan kelayakannya selepas Hadiah telah diberikan kepada Peserta yang dibatalkan kelayakannya.
|
11. Hak Milik Harta Intelek: | - Semua penyertaan mestilah asli dan tidak melanggar mana-mana hak harta intelek yang dimiliki oleh mana-mana pihak. Peserta tidak boleh mengedarkan, menghasilkan semula atau sebaliknya memberikan, apa-apa bahan yang mengandungi hak harta intelek mana-mana pihak lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, atau maklumat proprietari lain yang dipegang oleh pihak lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pemilik hak harta intelek atau maklumat proprietari.
- Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan, mengubah suai dan/atau mengedit penyertaan yang dihantar, atau berfungsi mengikut budi bicara mutlaknya dan Peserta mengetepikan semua hak untuk sebarang pampasan untuk penyertaan yang dihantar.
- Jika anda percaya kerja anda telah diusik dan dipaparkan melanggar hak harta intelek, sila hubungi Penganjur.
|
12. Pengiklanan: | Dengan menyertai Promosi ini, Peserta bersetuju dan dianggap telah bersetuju dan memberi Penganjur hak untuk mengumpul dan memproses data dan maklumat peribadi Peserta untuk tujuan Promosi ini, untuk menerbitkan dan/atau memaparkan butir-butir, data peribadi dan/atau gambar Peserta yang berjaya dalam media cetak dan media elektronik apa-apa bentuk (seperti yang berkenaan) untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan pengumuman tanpa sebarang royalti dan/atau pampasan. |
13. Liabiliti dan Tanggungjawab Penganjur: | - Sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk menyertai Promosi ini, untuk menuntut penebusan/hadiah dan/atau menghadiri majlis, adalah tanggungjawab mutlak Peserta Terpilih/Pemenang yang berjaya, tanpa sebarang pembayaran balik oleh Penganjur.
- Peserta bersetuju untuk menanggung semua liabiliti dan tanggungjawab setakat yang dibenarkan oleh undang-undang untuk sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan atau kemalangan yang dialami, ditanggung atau disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Promosi ini. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta untuk sebarang kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, kerugian, kemalangan atau kesulitan untuk sebarang perkara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Promosi ini. Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi dan memastikan Penganjur tidak mengalami sebarang kerugian daripada sebarang tuntutan, kerosakan, kerugian, kos atau perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh Penganjur berhubung dengan Promosi ini akibat daripada sebarang tindakan Peserta.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang hilang, rosak, tertangguh, tidak betul atau tidak lengkap atas apa jua sebab. Bukti penghantaran tidak akan diterima sebagai bukti penerimaan.
- Peserta menyertai Promosi ini atas risiko Peserta sendiri.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan mana-mana elemen teknikal yang berkaitan dengan Promosi ini yang menyebabkan penyertaan gagal dihantar. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk penyertaan yang hilang, rosak, atau ditangguhkan kerana sebarang perkakasan rangkaian, komputer atau telefon bimbit atau kegagalan perisian dalam apa jua bentuk atau sebarang keeadaan yang tidak dijangkakan atau di luar kawalan pihak Penagnjur.
|
14. Notis bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010: | Penganjur berhak menzahirkan butiran data peribadi Peserta (termasuk, tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan butiran akaun bank) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Promosi ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran data peribadi daripada Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui emel ke sini atau melalui pos ke Southern Lion Sdn. Bhd. Unit 1-J & 1-K, Bangunan BAKTI Siti Hasmah, No.6, Cangkat Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia sebelum 1hb Oktober 2024 (Semenanjung Malaysia) dan 7hb October 2024 (Sabah dan Sarawak). Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan data peribadi oleh Penganjur, sila baca polisi peribadi Penganjur di sini. |
15. Syarat-syarat Penyertaan Am: | - Sekiranya Promosi ini melibatkan peniaga/pedagang yang lain, peniaga/pedagang yang mengambil bahagian dalam Promosi ini berhak untuk menyemak semula terma dan syarat Promosi ini tanpa notis terlebih dahulu. Penyertaan Peserta dalam Promosi yang berkaitan akan tertakluk kepada terma dan syarat peniaga/pedagang yang mengambil bahagian. Peserta tidak berhak untuk menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan di sini.
- Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat-syarat ini dengan sebarang bentuk pengikalan lain yang berkaitan dengan Promosi ini, terma dan syarat-syarat ini akan diguna pakai.
- Terma dan Syarat Promosi ini hanya didapati dalam Bahasa Malaysia.
- Terma dan syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Penganjur dan Peserta bersetuju menggunakan bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
- Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline kami di 1800 880 133 (Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang, (tidak termasuk cuti umum)) atau lawati sini.
|