Beli & Tebus Bersama Fresh&White (Sabah dan Sarawak Sahaja)

THE PROMOTION HAS ENDED

THANK YOU FOR YOUR PARTICIPATION

Terma dan Syarat Beli & Tebus Bersama Fresh&White (Sabah dan Sarawak Sahaja) Southern Lion Sdn. Bhd. (Disemak semula pada 16 Disember 2022)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Pengenalan

  1. Peserta mesti membaca Syarat-syarat Penyertaan ini bersamaan dengan Jadual Syarat Penyertaan (secara kolektif akan dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”).

  2. Dengan menyertai Promosi ini, kesemua Peserta/Pemenang bersetuju dan mengakui untuk terikat dengan terma dan syarat berikut dan semua pindaan, penambahan dan pengubahsuaian seperti yang boleh dibuat dari semasa ke semasa oleh Penganjur, mengikut budi bicara mutlaknya. Peserta bersetuju bahawa penyertaan berterusan mereka dalam Promosi ini merupakan penerimaan tanpa syarat mereka terhadap Terma dan Syarat yang dipinda.

  3. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Promosi ini adalah akhir, muktamad dan mengikat semua Peserta Promosi ini, dan tiada surat-menyurat, komunikasi atau rayuan akan dilayan.

Jadual Syarat Penyertaan

1. Promosi:Promosi Beli & Tebus Bersama Fresh&White (Sabah dan Sarawak Sahaja).
2. Tempoh Promosi:Promosi ini berlangsung dari 1hb Disember 2022 sehingga 31hb Disember 2022 (“Tempoh Promosi”).
3. Penganjur:Southern Lion Sdn. Bhd.
4. Kelayakan:Promosi ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap di Sabah dan Sarawak sahaja, yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, berumur 18 tahun ke atas (pada 1hb Disember 2022), kecuali kakitangan Penganjur, termasuk ahli keluarga terdekat mereka, rakan niaga, syarikat bersekutu, pembekal / pengedar, agensi promosi / pengiklanan atau agensi perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Promosi ini.
5. Kaedah Penyertaan:Untuk menyertai, Peserta perlu mematuhi langkah-langkah penyertaan berikut:

Langkah 1 - BELI Beli mana-mana ubat gigi jenama FRESH & WHITE, bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit (“Bukti Pembelian”) semasa Tempoh Promosi. Satu (1) resit melayakkan Peserta kepada satu (1) penyertaan.

Langkah 2 - IMBAS Imbas Kod QR dan isi borang penyertaan online untuk menyertai:

  • Masukkan nama penuh (seperti dalam Kad Pengenalan), nombor Kad Pengenalan, nombor telefon dan alamat e-mel.

  • Sebagai contoh: Nik Rose, 890917075110, 016-xxxxxxx, xxxx@yahoo.com

  • Muat naik gambar muka depan resit sebagai Bukti Pembelian.

  • Simpan Resit asal untuk pengesahan Penganjur jika dipilih. Sila pastikan maklumat berikut dikemukakan dengan jelas di dalam Bukti Pembelian:
    • Nama kedai
    • Tarikh pembelian
    • Nombor resit
    • Produk(-produk) turut serta yang dibeli
    • Jumlah harga produk(-produk) turut serta yang dibeli
6. Penyertaan Promosi:
  1. Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak yang difikirkan sesuai dan perlu untuk meminda Tempoh Promosi, mekanik promosi, untuk menamatkan, membatalkan atau menggantung Promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  2. Peserta yang layak mungkin dikehendaki mengemukakan nama penuh, butiran hubungan, salinan kad pengenalan yang jelas dan boleh dibaca, dan alamat pos mereka bersama-sama dengan Bukti Pembelian untuk tujuan pengesahan melalui pos atau Whatsapp dalam tempoh [tujuh (7) hari] dari tarikh pemberitahuan.
  3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu tetapi setiap penyertaan mesti disokong dengan Bukti Pembelian yang sah dalam Tempoh Promosi. Walau bagaimanapun, setiap Peserta hanya dapat menebus sebanyak lima (5) kali dengan Bukti Pembelian yang sah, unik dan berbeza, bagi Promosi ini. Bukti Pembelian bertarikh sebelum atau selepas Tempoh Promosi tidak akan diterima. Hanya penyertaan dengan resit asal produk yang sah akan diterima. Tiada resit tulisan tangan, salinan resit dan/atau salinan pendua resit diterima. Sekiranya dikenalpasti, penyertaan tersebut akan dilucuthakkan secara automatik. Bukti WhatsApp atau pos bukan bukti penerimaan.
  4. Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Promosi ini adalah hak milik Penganjur.
7. Tarikh tamat Penyertaan:Promosi akan tamat pada 23:59hr pada31hb Disember 2022. Penyertaan selepas Tempoh Promosi tidak akan diterima oleh Penganjur dan terbatal.
8. Pembatalan Kelayakan:
  1. Kelayakan Peserta berserta penyertaannya akan dibatalkan jika:
    1. Pihak Penganjur mendapati resit yang digunakan adalah sama dengan penyertaan yang lain;
    2. Penyertaan tidak lengkap atau didapati mengandungi maklumat yang salah, rosak, sukar dibaca, lewat dan tidak mempunyai Bukti Pembelian yang betul atau tidak mencukupi. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan;
    3. jika penipuan atau penipuan disyaki, termasuk tanpa had, melalui manipulasi kod atau sebaliknya sering memalsukan data.
  2. Penyertaan yang tidak mematuhi Terma dan Syarat yang dikuatkuasakan akan dibatalkan secara automatik.
  3. Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran nilainya daripada Peserta yang dibatalkan kelayakannya selepas Hadiah telah diberikan kepada Peserta yang dibatalkan kelayakannya.
9. Hadiah Promosi:8,000 Peserta yang layak akan menebusi hadiah berikut (“Hadiah”):

  • Kod Baucar Grab bernilai RM5.
  1. Setiap Peserta (dikenalpasti melalui No. K/P) hanya layak menebus sebanyak lima (5) hadiah bagi Promosi ini.
  2. Hadiah tidak boleh dipindahmilik atau digantikan dengan wang tunai, secara sebahagian atau keseluruhannya. Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
10. Penghantaran Hadiah:
  1. Hadiah akan diproses kepada Peserta yang layak dalam tempoh empat puluh lima (45) hari dari tarikh kenalpasti No. K/P. Peserta yang layak akan menerima Kod Baucar Grab bernilai RM5 menerusi e-mel/Whatsapp daripada Penganjur (atau agen). Penganjur boleh melanjutkan tempoh masa proses dan cara tuntutan Hadiah mengikut budi bicara mereka.
  2. Hadiah tidak boleh dipindahmilik atau digantikan dengan wang tunai, secara sebahagian atau keseluruhannya. Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
  3. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku kepada Hadiah dalam proses penghantaran.
  4. Penganjur berhak membatalkan sebarang tuntutan daripada agen, pihak ketiga, kumpulan atau penyertaan yang dijana secara automatik oleh komputer.
11. Hak Milik Harta Intelek:
  1. Semua penyertaan mestilah asli dan tidak melanggar mana-mana hak harta intelek yang dimiliki oleh mana-mana pihak. Peserta tidak boleh mengedarkan, menghasilkan semula atau sebaliknya memberikan, apa-apa bahan yang mengandungi hak harta intelek mana-mana pihak lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, atau maklumat proprietari lain yang dipegang oleh pihak lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pemilik hak harta intelek atau maklumat proprietari.
  2. Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan, mengubah suai dan/atau mengedit penyertaan yang dihantar, atau berfungsi mengikut budi bicara mutlaknya dan Peserta mengetepikan semua hak untuk sebarang pampasan untuk penyertaan yang dihantar.
  3. Jika anda percaya kerja anda telah diusik dan dipaparkan melanggar hak harta intelek, sila hubungi Penganjur.
12. Pengiklanan:Dengan menyertai Promosi ini, Peserta bersetuju dan dianggap telah bersetuju dan memberi Penganjur hak untuk mengumpul dan memproses data dan maklumat peribadi Peserta untuk tujuan Promosi ini, untuk menerbitkan dan/atau memaparkan butir-butir, data peribadi dan/atau gambar Peserta yang berjaya dalam media cetak dan media elektronik apa-apa bentuk (seperti yang berkenaan) untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan pengumuman tanpa sebarang royalti dan/atau pampasan.
13. Ganti Rugi:
  1. Sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk menyertai Promosi ini, untuk menuntut penebusan/hadiah dan/atau menghadiri majlis, adalah tanggungjawab mutlak Peserta Terpilih/Pemenang yang berjaya, tanpa sebarang pembayaran balik oleh Penganjur.
  2. Peserta bersetuju untuk menanggung liabiliti dan tanggungjawab penuh untuk sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan atau kemalangan yang dialami, ditanggung atau disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Promosi ini. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta untuk sebarang kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, kerugian, kemalangan atau kesulitan untuk sebarang perkara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Promosi ini. Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi dan memastikan Penganjur tidak mengalami sebarang kerugian daripada sebarang tuntutan, kerosakan, kerugian, kos atau perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh Penganjur berhubung dengan Promosi ini akibat daripada sebarang tindakan Peserta.
  3. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang hilang, rosak, tertangguh, tidak betul atau tidak lengkap atas apa jua sebab. Bukti penghantaran tidak akan diterima sebagai bukti penerimaan.
  4. Peserta menyertai Promosi ini atas risiko Peserta sendiri.
  5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan mana-mana elemen teknikal yang berkaitan dengan Promosi ini yang menyebabkan penyertaan gagal dihantar. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk penyertaan yang hilang, rosak, atau ditangguhkan kerana sebarang perkakasan rangkaian, komputer atau telefon bimbit atau kegagalan perisian dalam apa jua bentuk.
14. Notis Pemberitahuan Peribadi:Penganjur berhak memindahkan butiran data peribadi Peserta (termasuk, tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan butiran akaun bank) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Promosi ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran data peribadi daripada Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui emel ke sini atau melalui pos ke Southern Lion Sdn. Bhd. Unit 1-J & 1-K, Bangunan BAKTI Siti Hasmah, No.6, Cangkat Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia sebelum 1hb January 2023. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan data peribadi oleh Penganjur, sila baca polisi peribadi Penganjur di sini.

15. Syarat-syarat Penyertaan Am:
  1. Sekiranya Promosi ini melibatkan peniaga/ pedagang yang lain, peniaga/pedagang yang mengambil bahagian dalam Promosi ini berhak untuk menyemak semula terma dan syarat Promosi ini tanpa notis terlebih dahulu. Penyertaan Peserta dalam Promosi yang berkaitan akan tertakluk kepada terma dan syarat peniaga/pedagang yang mengambil bahagian. Peserta tidak berhak untuk menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan di sini.
  2. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat-syarat ini dengan sebarang bentuk pengikalan lain yang berkaitan dengan Promosi ini, terma dan syarat-syarat ini akan diguna pakai.
  3. Terma dan Syarat Promosi ini didapati dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman, konflik, kekaburan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Ingerris akan diguna pakai.
  4. Terma dan syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Penganjur dan Peserta bersetuju menggunakan bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
  5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline kami di 1800 880 133 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang, (tidak termasuk cuti umum)) atau lawati www.southernlion.com.my.