Peraduan Southern Lion – Beli & Menang

Lengkapkan borang penyertaan di bawah dan klik butang ‘Hantar Borang Penyertaan’ untuk menyertai.

Borang Penyertaan

Click or drag a file to this area to upload.
Muat naik gambar muka depan resit di sini. JPG/JPEG sahaja dan tidak melebihi dua (2) MB

Dengan menyertai Peraduan Southern Lion – Beli & Menang (“Peraduan”), saya mengakui telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat-syarat Peraduan termasuk Polisi Privasi laman web Guppyrock.

Terma Dan Syarat-syarat Peraduan Southern Lion – Beli & Menang

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Pengenalan

  1. Peserta mesti membaca Syarat-syarat Penyertaan ini bersamaan dengan Jadual kepada Syarat-Syarat Penyertaan (secara kolektif akan dirujuk sebagai “Terma dan Syarat”).
  2. Dengan menyertai Peraduan ini, kesemua Peserta/Pemenang bersetuju dan mengakui untuk terikat dengan terma dan syarat berikut dan semua pindaan, penambahan dan pengubahsuaian seperti yang boleh dibuat dari semasa ke semasa oleh Penganjur, mengikut budi bicara mutlaknya. Peserta bersetuju bahawa penyertaan berterusan mereka dalam Peraduan ini merupakan penerimaan tanpa syarat mereka terhadap Terma dan Syarat yang dipinda.
  3. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah akhir, muktamad dan mengikat semua Peserta Peraduan ini, dan tiada surat-menyurat, komunikasi atau rayuan akan dilayan.

JADUAL KEPADA SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Peraduan:Peraduan Southern Lion – Beli & Menang
2. Tempoh Peraduan:Peraduan ini berlangsung dari 4hb Mac 2024, jam 00:00 sehingga 28hb April 2024, jam 23:59 (“Tempoh Peraduan”).
3. Penganjur:Southern Lion Sdn. Bhd.
4. Kelayakan:Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap, yang memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, berumur 18 tahun ke atas (setakat 4hb Mac 2024) (“Peserta”), kecuali kakitangan Penganjur, termasuk ahli keluarga terdekat mereka, rakan niaga, syarikat bersekutu, pembekal / pengedar, agensi peraduan / pengiklanan atau agensi perhubungan awam dan pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini.
5. Kaedah Penyertaan:Untuk menyertai, Peserta perlu mematuhi langkah-langkah penyertaan berikut:

Langkah 1 - BELI
  1. Beli mana-mana produk penjagaan kesihatan mulut dan produk mandian jenama Southern Lion ( termasuk jenama Emeron, Fresh & White, Kirei Kirei, Kodomo, Shokubutsu, Systema dan Zact) bernilai sekurang-kurangnya RM10 dalam satu resit (“Bukti Pembelian”).
  2. Bilangan penyertaan yang diperuntukkan bagi setiap resit akan dikira seperti berikut:
    • Jumlah yang dibelanjakan untuk jenama yang turut serta berjumlah kurang daripada RM30 akan menerima satu (1) penyertaan bagi setiap RM10 yang dibelanjakan.
    • Jumlah yang dibelanjakan untuk jenama yang turut serta berjumlah RM30 atau lebih akan menerima satu (1) penyertaan bagi setiap RM5 yang dibelanjakan.
    • Contoh: bagi Bukti Pembelian dengan nilai RM29 produk Southern Lion = 2 penyertaan; RM30 dibelanjakan = 6 penyertaan; RM100 dibelanjakan = 20 penyertaan.
Langkah 2 – IMBAS & SERTAI PERADUAN
Imbas Kod QR yang akan disambung kepada laman sesawang penyertaan Peraduan dan isikan butiran-butiran berikut dalam borang atas talian;
  1. Masukkan nama (seperti dalam kad pengenalan MyKad), nombor kad pengenalan MyKad, nombor telefon berdaftar di Touch ‘n Go eWallet dan alamat e-mel.
  2. Sebagai contoh: Nik Rose, 890917075110, +60 12-3456 789, xxxx@yahoo.com
  3. Muat naik gambar muka depan Bukti Pembelian dengan jelas. Simpan Bukti Pembelian asal untuk pengesahan Penganjur jika terpilih.
  4. Sila pastikan maklumat berikut dikemukakan dengan jelas di dalam Bukti Pembelian:
    • Nama Kedai
    • Tarikh pembelian
    • Nombor resit
    • Produk(-produk) turut serta yang dibeli
    • Jumlah harga produk(-produk) turut serta yang dibeli
  5. Mesej pemberitahuan status penyerahan akan dikemukakan pada laman sesawang penyertaan Peraduan dan suatu mesej pemberitahuan penerimaan penyertaan akan dihantar ke alamat e-mel yang diberikan oleh Peserta untuk memaklumkan kejayaan penyerahan penyertaan.
6. Penyertaan Peraduan:
  1. Peserta/Pemenang Peraduan yang layak akan dipilih oleh Penganjur melalui kaedah “pembahagian dengan jumlah penyertaan”. Peserta/Pemenang yang layak akan dipilih daripada semua penyertaan yang layak yang diterima dalam Tempoh Peradaun.
    • Hadiah Utama & Hadiah Bonus
      1. Setiap Peserta yang layak akan diperuntukan nombor siri.
      2. Jumlah nombor siri yang diperuntukkan sepanjang Tempoh Peraduan akan dibahagikan dengan dua puluh satu (21) untuk menentukan nombor bersiri yang dipilih sebagai pemenang.
      3. Setiap penyertaan pemenang yang dipilih akan diperuntukkan nombor siri baharu. Jumlah nombor siri pemenang yang diperuntukkan akan dibahagikan dengan satu (1) untuk menentukan Pemenang Hadiah Utama.
      4. Baki penyertaan pemenang yang dipilih akan menjadi Pemenang Hadiah Bonus.
      5. (secara kolektif dikenali sebagai “Peserta Terpilih/Pemenang”)
    • Hadiah Mingguan
      1. Setiap Peserta Terpilih/Pemenang yang layak akan diperuntukan nombor siri setiap minggu.
      2. Jumlah nombor siri yang diperuntukkan setiap minggu sepanjang Tempoh Peraduan mingguan akan dibahagikan dengan dua ratus (200) untuk menentukan Pemenang Hadiah Mingguan.
  2. Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak yang difikirkan sesuai dan perlu untuk meminda Tempoh Peraduan, mekanik Peraduan, untuk menamatkan, membatalkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pindaan, penamatan, pembatalan atau penggantungan oleh Penganjur tidak memberi sebarang hak kepada Peserta Terpilih/Pemenang untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur bagi apa-apa kerugian yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta Terpilih/Pemenang sama ada secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada atau berhubung dengan pindaan, penamatan, pembatalan atau penggantungan oleh Penganjur.
  3. Peserta Terpilih/Pemenang yang layak akan dihubungi melalui WhatsApp berdasarkan maklumat hubungan yang diberikan semasa penyerahan penyertaan atas dasar usaha terbaik dengan maksimum tiga (3) kali percubaan. Sekiranya Peserta Terpilih/Pemenang yang disenarai tidak dapat dihubungi, Penganjur berhak untuk menggantikan Peserta Terpilih/Pemenang tersebut dengan nama seterusnya dalam senarai.
  4. Peserta Terpilih/Pemenang yang layak mungkin dikehendaki mengemukakan nama penuh, butiran hubungan, salinan kad pengenalan yang jelas dan boleh dibaca dan maklumat akaun bank aktif (untuk Hadiah Utama & Hadah Bonus sahaja) bersama-sama dengan Bukti Pembelian untuk tujuan pengesahan melalui pos, atau WhatsApp dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemberitahuan.
  5. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disokong dengan Bukti Pembelian yang sah dalam Tempoh Peraduan. Setiap perserta berpeluang memenangi hadiah dalam setiap peraduan mingguan sehingga tempoh peraduan berakhir tetapi terhad kepada satu (1) hadiah dalam setiap peraduan mingguan. Setiap Perserta hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah Utama/Hadiah Bonus. Bukti Pembelian bertarikh sebelum atau selepas Tempoh Peraduan tidak akan diterima. Hanya penyertaan dengan resit asal produk yang sah akan diterima. Tiada resit tulisan tangan, salinan resit dan/atau salinan pendua resit akan diterima. Sekiranya dikenalpasti, penyertaan tersebut akan dilucuthakkan secara automatik. Bukti WhatsApp atau pos bukan bukti penerimaan.
  6. Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Peraduan ini adalah hak milik Penganjur.
7. Kriteria dan Proses Pemilihan Pemenang:Bagaimana untuk menang:
  1. Sebanyak 1,621 Peserta Terpilih/Pemenang akan dipilih oleh Penganjur, yang akan memenangi Hadiah-hadiah berikut:
    1. Hadiah Utama x 1 Perserta Terpilih/Pemenang
    2. Hadiah Bonus x 20 Peserta Terpilih/Pemenang
    3. Hadiah Mingguan x 200 Peserta Terpilih/Pemenang x 8 minggu
  2. Keputusan Penganjur adalah muktamad, mengikat Peserta Terpilih/Pemenang dan segala surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
  3. Senarai Pemenang Hadiah Utama dan Hadiah Bonus akan diumumkan oleh Penganjur pada laman laman ini pada 28hb Mei 2024.
  4. Senarai Pemenang Hadiah Mingguan akan diumumkan oleh Penganjur pada laman laman ini dalam empat belas (14) hari selepas penamatan setiap Peraduan Mingguan.
    • Minggu Peraduan 1: 4-10 Mac 2024
    • Minggu Peraduan 2: 11-17 Mac 2024
    • Minggu Peraduan 3: 18-24 Mac 2024
    • Minggu Peraduan 4: 25-31 Mac 2024
    • Minggu Peraduan 5: 1-7 April 2024
    • Minggu Peraduan 6: 8-14 April 2024
    • Minggu Peraduan 7: 15-21 April 2024
    • Minggu Peraduan 8: 22-28 April 2024
8. Tarikh tamat Penyertaan:Peraduan akan tamat pada 28hb April 2024, jam 23:59. Penyertaan selepas Tempoh Peraduan tidak akan diterima oleh Penganjur dan terbatal.
9. Pembatalan Kelayakan:
  1. Kelayakan Peserta berserta penyertaannya akan dibatalkan jika:
    1. pihak Penganjur mendapati resit yang sama digunakan semula dalam penyertaan;
    2. penyertaan tidak lengkap atau didapati mengandungi maklumat yang salah, rosak, sukar dibaca, lewat dan tidak mempunyai Bukti Pembelian yang betul atau tidak mencukupi. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan;
    3. jika terdapat syak wasangka atau penipuan , tanpa had, yang melibatkan manipulasi kod atau tindakan lain yang seringkali memalsukan data.
  2. Penyertaan yang tidak mematuhi Terma dan Syarat yang dikuatkuasakan akan dibatalkan secara automatik.
  3. Penganjur berhak untuk menuntut pemulangan Hadiah atau pembayaran nilainya daripada Peserta yang dibatalkan kelayakannya selepas Hadiah telah diberikan.
10. Hadiah Peraduan:Pemenang akan memenangi:
  1. Hadiah Peraduan :-
    • Hadiah Utama – RM10,000 x 1 Peserta Terpilih/Pemenang
    • Hadiah Bonus – RM500 x 20 Peserta Terpilih/Pemenang
    • Hadiah Mingguan – Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM10 x 200 Peserta Terpilih/Pemenang x 8 minggu
    • (secara kolektif dikenali sebagai “Hadiah”)
  2. Sepanjang Tempoh Peraduan berlangsung, setiap Peserta Terpilih/Pemenang layak untuk memenangi:
    • 1 x Hadiah Utama ATAU 1 x Hadiah Bonus;
    • dan1 x Hadiah Mingguan Setiap Minggu sepanjang Tempoh Peraduan
  3. Hadiah tidak boleh dipindahmilik atau digantikan dengan wang tunai, secara sebahagian atau keseluruhannya. Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
11. Penghantaran Hadiah:
  1. Penganjur (atau melalui agen) akan membuat percubaan menghubungi Pemenang sebanyak satu (1) kali setiap hari untuk tiga (3) hari berturutan selepas nama Peserta Terpilih/Pemenang dipilih. Jikalau Peserta Terpilih/Pemenang tidak dapat dihubungi dalam masa ini, Hadiah akan ditarikbalik dan Penganjur berhak untuk memilih Pemenang yang baru, mengikut Terma dan Syarat Peraduan ini.
  2. Hadiah Utama dan Hadiah Bonus akan dikreditkan ke akaun bank Peserta Terpilih/Pemenang yang sah dikekalkan dengan mana–mana bank/institusi kewangan di Malaysia. Peserta Terpilih/Pemenang akan diminta untuk menyediakan perkara berikut untuk tujuan pemberian Hadiah:
    1. Nama bank di mana Peserta Terpilih/Pemenang mempunyai akaun bank yang sah dikekalkan dengan mana-mana bank/institusi kewangan di Malaysia (“Akaun Bank Aktif”)
    2. Nombor akaun dan butiran Akaun Bank Aktif; dan
    3. Nama penuh Pemenang seperti yang di dalam rekod Akaun Bank Aktif.
  3. Kegagalan untuk memberikan butiran yang diperlukan untuk proses pemberian Hadiah akan mengakibatkan Peserta Terpilih/Pemenang kehilangan Hadiah yang dimenangi.
  4. Hadiah Mingguan akan dikreditkan ke Touch ‘n Go eWallet Peserta Terpilih/Pemenang yang didaftarkan semasa menyertai peraduan.
  5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika Hadiah tidak boleh dihantar kepada Peserta Terpilih/Pemenang disebabkan sebarang perubahan atau perbezaan nombor telefon bimbit yang diberikan oleh Peserta Terpilih/Pemenang kepada Penganjur semasa penyertaan Peraduan.
  6. Hadiah Utama, Hadiah Bonus dan Hadiah Mingguan akan dikreditkan dalam masa tiga puluh (30) hari selepas Penganjur menghubungi Peserta Terpilih/Pemenang untuk pengesahan maklumat peribadi Peserta Terpilih/Pemenang. Penganjur berhak untuk melanjutkan garis masa yang dinyatakan dalam klausa ini kerana sebab-sebab di luar kawalan Penganjur.
  7. Hadiah yang tidak dapat dihantar atau dituntut oleh Peserta Terpilih/Pemenang akan dibatalkan dan segala rayuan tidak akan dilayani. Penganjur boleh melanjutkan tempoh masa dan cara penghantaran Hadiah mengikut budi bicara mereka.
  8. Hadiah tidak boleh dipindahmilik atau digantikan dengan wang tunai, secara sebahagian atau keseluruhannya. Penganjur berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
  9. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku kepada Hadiah dalam proses penghantaran.
  10. Penganjur berhak membatalkan sebarang tuntutan daripada agen, pihak ketiga, kumpulan atau penyertaan yang dijana secara automatik oleh komputer.
12. Pengiklanan:Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan dianggap telah bersetuju dan memberi Penganjur hak untuk mengumpul dan memproses data dan maklumat peribadi Peserta untuk tujuan Peraduan ini, untuk menerbitkan dan/atau memaparkan butir-butir, data peribadi dan/atau gambar Peserta yang berjaya dalam media cetak dan media elektronik dalam apa-apa bentuk (seperti yang berkenaan) untuk tujuan pengiklanan, publisiti dan pengumuman tanpa sebarang royalti dan/atau pampasan yang perlu dibayar.
13. Ganti Rugi:
  1. Sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk menyertai Peraduan ini, untuk menuntut penebusan/hadiah dan/atau menghadiri majlis, adalah tanggungjawab mutlak Pemenang yang berjaya, tanpa sebarang pembayaran balik oleh Penganjur.
  2. Peserta bersetuju untuk menanggung liabiliti dan tanggungjawab penuh untuk sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan atau kemalangan yang dialami, ditanggung atau disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Peraduan ini. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta untuk sebarang kerosakan, kos, pembelanjaan, tuntutan, kerugian, kemalangan atau kesulitan untuk sebarang perkara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini. Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi dan memastikan Penganjur tidak mengalami sebarang kerugian daripada sebarang tuntutan, kerosakan, kerugian, kos atau perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh Penganjur berhubung dengan Peraduan ini akibat daripada sebarang tindakan Peserta.
  3. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang hilang, rosak, tertangguh, tidak betul atau tidak lengkap atas apa jua sebab. Bukti penghantaran tidak akan diterima sebagai bukti penerimaan.
  4. Peserta menyertai Peraduan ini atas risiko Peserta sendiri.
  5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan mana- mana elemen teknikal yang berkaitan dengan Peraduan ini yang menyebabkan penyertaan gagal dihantar. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk penyertaan yang hilang, rosak, atau ditangguhkan kerana sebarang perkakasan rangkaian, komputer atau telefon bimbit atau kegagalan perisian dalam apa jua bentuk atau sebarang kaedaan yang tidak dijangkakan atau di luar kawalan pihak Penganjur.
14. Notis Pemberitahuan Peribadi:Penganjur berhak memindahkan butiran data peribadi Peserta (termasuk, tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan butiran akaun bank) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Peraduan ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran data peribadi daripada Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui emel ke sini atau melalui pos ke Southern Lion Sdn. Bhd. Unit 1-J & 1-K, Bangunan BAKTI Siti Hasmah, No.6, Cangkat Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia sebelum 29 April 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan data peribadi oleh Penganjur, sila baca polisi peribadi Penganjur di sini.
15. Syarat-syarat Penyertaan Am:
  1. Sekiranya Peraduan ini melibatkan peniaga/pedagang yang lain, peniaga/pedagang yang mengambil bahagian dalam Peraduan ini berhak untuk menyemak semula terma dan syarat Peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu. Penyertaan Peserta dalam Peraduan yang berkaitan akan tertakluk kepada terma dan syarat peniaga/pedagang yang mengambil bahagian. Peserta tidak berhak untuk menyerahkan mana-mana hak atau sub-kontrak mana-mana kewajipan di sini.
  2. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat- syarat ini dengan sebarang bentuk pengikalan lain yang berkaitan dengan Peraduan ini, terma dan syarat-syarat ini akan diguna pakai.
  3. Terma dan Syarat Peraduan ini hanya didapati dalam Bahasa Malaysia.
  4. Terma dan syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Penganjur dan Peserta bersetuju menggunakan bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
  5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline kami di 1800 880 133 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang, (tidak termasuk cuti umum)) atau lawati https://guppyrock.com/.