TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG
- Dellisha Hanania Binti Che Rosenizam (XXXXXX-XX-0794)
- Muhammad Ahnaf Firas Bin Azizi (XXXXXX-XX-0089)
- Noor Farisha Damia Binti Mohammad Faizan (XXXXXX-XX-0450)
- Nor Irdina Mikayla Binti Mohamad Fazrurrahman (XXXXXX-XX-0322)
- Norrifqi Ukail (XXXXXX-XX-0691)
- Nur Faiza Qiraana Binti Mohamad Faizuan (XXXXXX-XX-1214)
- Saafiya Syaqeera Jauharah Binti Syamsi Jamil (XXXXXX-XX-1052)
- Sara Medina Bin Mohd Hafiz (XXXXXX-XX-0200)
- Shashween Emmanuel (XXXXXX-XX-0929)
- Wardah ‘Abqari Binti Mohd Hasnul Hakim (XXXXXX-XX-0034)
Ibu bapa atau Penjaga pemenang-pemenang akan dihubungi untuk penuntutan Hadiah menerusi hantaran teks WhatsApp sebelum 18 Ogos 2023.
Hadiah Peraduan:
Bentgo Lunchbox x sepuluh (10) pemenang
Tempoh Peraduan:
Peraduan bermula pada 1hb Jun 2023 jam 00:00:01 dan tamat pada 31hb Julai 2023 jam 23:59:59 (waktu Malaysia).
Terma & Syarat-syarat:
Dengan menyertai Peraduan Mewarna Bersama Kodomo Lion 2023 (“Peraduan”), Ibu Bapa atau Penjaga Peserta adalah dianggap telah memberi kebenaran dan dengan rela hati membenarkan anak jagaan mereka/Peserta untuk menyertai Peraduan ini dan mengakui telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat-syarat yang tersenarai seperti berikut dan semua pindaan, penambahan dan pengubahsuaian yang mungkin dibuat oleh Penganjur dari semasa ke semasa:
- Peraduan ini dianjurkan oleh Southern Lion Sdn. Bhd. (Nombor Syarikat 198401014562 (127118-P)) (“Penganjur”) yang beralamat di 1-J & 1K Bangunan BAKTI Siti Hasmah, 6 Cangkat Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.
- Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara yang berumur di antara tiga (3) hingga enam (6) tahun (setakat 1hb Jun 2023), kecuali kakitangan pihak Penganjur termasuk ahli keluarga terdekat mereka, agensi promosi/pengiklanan/perhubungan awam dan syarikat .
- Hadiah Peraduan (“Hadiah”): Bentgo Lunchbox x sepuluh (10) pemenang.
- Peraduan ini berlangsung dari 1hb Jun 2023 jam 00:00:01 sehingga 31hb Julai 2023 jam 23:59:, waktu Malaysia (“Tempoh Peraduan“).
- Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak yang difikirkan sesuai dan perlu untuk melanjutkan atau menamatkan Tempoh Peraduan, meminda mekanik Peraduan, menamatkan, membatalkan atau menangguhkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
- Penganjur berhak menolak dan/atau menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat-syarat Peraduan ini dan/atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi mana-mana kriteria penyertaan Penganjur, penyertaan yang tidak lengkap dan/atau penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan.
- Setiap Peserta boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
- Untuk menyertai Peraduan ini, isikan borang penyertaan dan muat naik gambar borang Peraduan yang lengkap. Peserta perlu isikan maklumat-maklumat Peserta dan Ibu Bapa atau Penjaga Peserta dan mewarnai gambar yang terdapat pada borang Peraduan. Peserta dikehendaki hanya mewarna di dalam petak yang disediakan sahaja. Peserta boleh menggunakan krayon, cat air, pensil warna dan pen dakwat sahaja untuk mewarnai gambar tersebut.
- Semua gambar borang Peraduan yang dimuat naik untuk Peraduan ini adalah hakmilik pihak Penganjur.
- Penyertaan mestilah lengkap dan tepat. Kelayakan penyertaan akan dibatalkan untuk penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak tepat.
- Pemilihan pemenang: Pemenang akan ditentukan berdasarkan daya kreativiti dalam gambar yang diwarnai di borang peraduan.
- Pemenang-pemenang akan diumumkan di https://guppyrock.com/contest/kodomo-lion-peraduan-mewarna-2023 enam puluh (60) hari selepas penamatan Peraduan.
- Ibu bapa atau Penjaga pemenang-pemenang akan dihubungi untuk penuntutan Hadiah menerusi hantaran teks WhatsApp tujuh (7) hari selepas pengumuman pemenang-pemenang diumumkan.
- Semua Hadiah yang tidak dituntut tiga-puluh (30) hari selepas dihubungi akan dibatalkan dan segala rayuan tidak akan dilayani.
- Pihak Penganjur berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
- Hadiah tidak boleh dipindah milik, dikembalikan dan ditukar ganti.
- Dengan menyertai Peraduan ini, ibu bapa atau penjaga Peserta dan Peserta bersetuju dan dianggap telah memberi persetujuan dan kebenaran kepada pihak Penganjur untuk mengumpul dan memproses data peribadi ibu bapa atau penjaga Peserta dan Peserta dan maklumat untuk tujuan Peraduan ini, untuk menerbit dan/atau memapar butiran, data peribadi dan/atau gambar pemenang dan borang Peraduan Pemenang untuk tujuan pengumuman pemenang, pengiklanan atau publisiti di media cetak dan elektronik (dalam sebarang bentuk) tanpa sebarang bayaran royalti dan/atau pampasan.
- Segala perbelanjaan untuk menyertai Peraduan ini dan/atau menuntut hadiah adalah tanggungan Peserta tanpa sebarang bayaran balik daripada pihak Penganjur. Peserta bersetuju tanpa syarat untuk menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jikalau terdapat sebarang kerugian, kecederaan, kerosakan, tuntutan, kos (termasuk kos guaman atas dasar tanggung rugi penuh), perbelanjaan dan/atau kemalangan yang dialami atau timbul disebabkan penyertaan Peserta dalam Peraduan ini. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta untuk sebarang kerosakan, kos, perbelanjaan, tuntutan, kerugian, kemalangan atau kesulitan untuk sebarang perkara yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini. Setiap Peserta bersetuju untuk menanggung rugi pihak Penganjur daripada dan terhadap mana-mana dan semua tuntutan, kerosakan, kerugian, kos atau perbelanjaan yang dialami atau ditanggung oleh pihak Penganjur berhubung dengan Peraduan ini akibat daripada sebarang perbuatan dan/atau peninggalan Peserta dan/atau tuntutan dari pihak ketiga terhadap Penganjur berhubung tuntutan hak cipta atau lain-lain perkara berkaitan dengan penyertaan yang diterima oleh Penganjur daripada Peserta (sekiranya berkenaan).
- Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal dan budi bicara mutlak untuk meminda terma dan syarat-syarat Peraduan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Segala keputusan oleh Pihak Penganjur mengenai Peraduan ini adalah muktamad, mengikat Peserta dan segala surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
- NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 Notis bertulis ini (“Notis“) berfungsi untuk memberitahu anda bahawa Pihak Penganjur berhak memindahkan butiran data peribadi Peserta dan Ibu Bapa atau Penjaga Peserta (termasuk, tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan butiran akaun bank) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta dan Ibu Bapa atau Penjaga Peserta untuk tujuan Peraduan ini sahaja. Peserta dan Ibu Bapa atau Penjaga Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetul atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran data peribadi daripada pihak Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui emel ke https://www.southernlion.com.my/contact-us/ atau melalui pos ke Southern Lion Sdn. Bhd. 1-J & 1K Bangunan BAKTI Siti Hasmah, 6 Cangkat Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia sebelum 1hb Ogos 2023. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan data peribadi oleh pihak Penganjur, sila baca polisi peribadi pihak Penganjur di https://www.southernlion.com.my/privacy-policy.
- Nota: Peserta/pemenang adalah dinasihati untuk mangambil Langkah berjaga-jaga apabila menerima sebarang permintaan bagi Data Peribadi dan boleh menghubungi Penganjur bagi tujuan verifikasi berkenaan Peraduan ini.
-
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang bentuk publisiti lain yang berkaitan dengan Peraduan ini, terma dan syarat ini akan diguna pakai.
-
Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Pihak Penganjur dan Peserta bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
-
Terma dan syarat-syarat Peraduan ini hanya terdapat dalam Bahasa Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila hubungi Guppyrock Sdn Bhd +6011-6306 6011 menerusi hantaran teks WhatsApp sahaja.